PENDAHULUAN
Cabaran pendidikan pada masa kini
dan akan datang cukup gentir.Tidak seperti sebelum ini banyak bergantung kepada
buku teks sebagai panduan utama mengajar.Kini murid-murid boleh menimba ilmu
dengan kemudahan teknologi terkini.Sistem pembelajaran dan pengajaran tidak
boleh lagi berada di takuk lama ,penggunaan teknologi perlulah sesuai dengan
keperluan generasi masa kini.Maka tidak hairan terdapat segelintir sekolah ke
hadapan dalam membina sistem pembelajaran dan pengajaran bagi bilik darjah masa
hadapan.Sebagai bakal guru dan pelajar,saya percaya bahawa iklim bilik darjah
membawa kesan yang besar kepada tumpuan murid dan sebagai faktor untuk
seseorang kanak-kanak agar berasa seronok berada dalam kelas.Secara
keseluruhannya bilik darjah di taska atau tadika pada masa kini mempunyai
ciri-ciri bilik darjah yang hampir sama namun,jika sekiranya wujud sedikit kelainan
berbanding daripada bilik darjah sekarang secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan berkesan dengan adanya perubahan pendekatan pembelajaran yang
baru.
CIRI-CIRI BILIK DARJAH DI MASA HADAPAN
Ciri-ciri bilik darjah “Star Trek”sebagai salah satu contoh yang terbaik. Timbunan buku latihan dan buku teks atas meja mungkin
lenyap dengan adanya bilik darjah masa depan yang cangih seperti mana di negara
Britain.Bilik darjah “Star Trek”merupakan sebuah bilik darjah yang dilengkapi sistem papan pintar utama yang menyalurkan maklumat ke dalam meja pelbagai sentuh. ia membantu belajar secara berkumpulan atau
individu serta memudahkan guru untuk melihat sama ada murid menyelasaikan
tugasan yang diberi.Teknologi tinggi di sepanjang proses pembelajaran menerusi
bilik darjah “Star Trek” yang pelbagai sentuh dan bermeja pintar.Sistem bilik
darjah sebegini kelihatan agak menarik sebenarnya
sebab memang sedia maklum kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan kreativiti
yang tinggi.Tidak mustahil pada masa hadapan akan lebih banyak sekolah di
seluruh dunia yang mengaplikasikan sistem pengajaran dan pembelajaran seperti
ini.Kajian membuktikan menerusi meja interaktif pintar,penggunaan kertas juga
dapat dikurangkan.Cara guna adalah dengan hanya menggunakan jari sehaja untuk
belajar dan tidak memerlukan buku dan alat tulis.Medium ini juga mampu
meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang.Dengan itu saya mencadangkan
bahawa Ciri-ciri bilik darjah seperti ini boleh dilaksanakan di negara kita
sendiri seperti mana nagara-negara yang maju.
Cadangan
saya yang seterusnya untuk bilik darjah pada masa hadapan ialah,kanak-kanak
belajar di dalam satu suasana di dalam akuarium yang mempunyai dinding kaca
yang tebal dan cangih dilengkapi dengan teknologi tinggi dimana guru dan
kanak-kanak dapat belajar berpandukan skrin daripada akuarium yang dilengkapi
dengan pelbagai maklumat serta dikelilingi dengan bermacam-macam hidupan
laut.Semasa dalam bilik darjah ini,kanak-kanak berpeluang mengenali hidupan laut dengan hanya
memantulkan lanser iaitu lampu tangan berkuasa tinggi yang boleh menembusi
dinding akuarium tersebut.Tidak mustahil suatu hari nanti dengan cara ini boleh
diguna pakai oleh mana-mana individu tertentu untuk mewujudkan bilik darjah
seperti ini.
Manakala cadangan saya untuk ciri-ciri bilik darjah yang terakhir ialah,bilik darjah yang mempunyai suasana yang tidak membosankan kanak-kanak semasa berada dalam bilik darjah iaitu delangkapi peralatan yang membolehkan guru dan kanak-kanak gunakan semasa belajar sebagai contoh,guru dan kanak-kanak tidak lagi menggunakan meja dan kerusi tetapi mereka hanya belajar dan duduk di atas lantai kerana, lantai bilik darjah seakan-akan skrin telepon pintar yang hanya menggunakan jari untuk belajar serta mempunyai maklumat-maklumat yang sesuai untuk kanak-kanak pelajari.
PENUTUP
Perubahan ke arah meningkatkan lagi keberkesanan dan keselasaan untuk belajar disamping memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting pada masa akan datang oleh yang demikian,selaras dengan peredaran masa juga teknologi yang semakin meluas tidak mustahil segala perancangan ciri-ciri bilik darjah yang kita impikan akan tercapai di suatu masa akan datang.Dengan itu saya akhiri dengan ucapan sekian terimahkasih dan selamat maju jaya.
RUJUKAN
Ahmad Zabidi Abdul Razak.Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3-193,
Ciri Iklim Sekolah Berkesan:Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran
Corak Pengurusan bilik Darjah Yang Kondusif
http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html
Developing classroom Expectations
http://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php(akses pada 13 mac 2012)