Wednesday, 1 February 2017

KELEBIHAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




BIODATA DIRI 

NAMA                           :  JALINAH BINTI DURAGAN
NO.MATRIK                 :   EC1410011
BIDANG PENGAJIAN :   DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
CITA-CITA                   :   PENDIDIK









PENGENALAN                                             

Di dalam dunia teknologi masa kini,memang tidak dinafikan lagi komputer merupakan agenda yang penting dalam sistem pendidikan. Komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih muda,cepat dan tepat.Komputer ini juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.Di negara kita,komputer mula digunakan di Malaysia pada  tahun 1965.Komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan.Komputer dimanfaatkan dalam pembelajaran kerana memberi beberapa kelebihan berbanding pembelajaran dengan metode biasa.Kurikulum yang digubal mengabungkan elemen kreativiti,inovasi dan kemahiran hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan usaha kerajaan  untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti  untuk semua.Menteri pelajaran ,Tan Sri Muhyidin Yassin berkata,penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan pembelajaran interaktif yang lebih berkesan dan mampu merangsang minda(Kosmo Online,April 14,2010).


KELEBIHAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.   Melalui penggunaan komputer ini,dapat membantu kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia .Oleh itu, guru haruslah  memainkan peranan untuk  menjalankan pembelajaran kolaboratif serta meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan komputer dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman yang baru .Sebagai contoh,kanak-kanak boleh berkomunikasi dengan kanak-kanak di luar negara melalui video dan kanak-kanak tersebut dapat memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi mereka.

2.    Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih mengusai teknologi terkini yang mampu membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan ,memproses  dan merekod setiap maklumat yang diperoleh yang boleh digunakan berulang kali.Melalui penggunan komputer ia juga mampu memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan sebagai contoh,tidak semua murid yang ada di dalam kelas mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru.Dengan adanya komputer murid yang agak lemah dalam kelas boleh belajar dan menggunakan komputer di dalam kelas.Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka ke arah pembelajaran individu.Teknologi menawarkan satu pengalaman intelektual yang unik dan komputer dapat digunakan dalam pelbagai perkara yang menarik .(Seng,1998 & Clements,1999) 

3.   Dengan menggunakan komputer juga,sangat penting dalam membantu murid untuk menoroka dunia internet dan melalui internet juga kanak-kanak dapat melakukan banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif yang mampu mendorong kanak-kanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran.Komputer boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan yang lain  agar mereka tidak berasa bosan dengan menyediakan aktiviti yang lebih mencabar minda.Disamping itu,kanak-kanak dan guru dapat melaksanakan projek kelas mengunakan komputer dengan bantuan internet.Kanak-kanak dapat menimba ilmu iaitu pembelajaran berpusatkan kanak-kanak melalui penemuan dan penerokaan.Contohnya guru melaksanakan satu aktiviti yang berkaitan dengan kaji an mengenai tumbuh-tumbuhan yang belum pernah mereka lihat melalui eksperimen menggunakan komputer.Kenyataan ini disokong oleh kajian Ng Wai Kong (1999) mendapati bahawa dengan komputer kanak-kanakdapat memantapkan kemahiran berfikir,menoroka serta mencuba sesuatu yang baru. 

4.    Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya,menggunakan alat seperti flash,video,visual,powerpoint dan mereka hanya perlu mengaplikasikan perisian tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan dan menarik minat kanak-kanak kerana bercorak interaktif.Dengan penggunaan komputer ini juga,ia dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang bukan hanya tertumpu kepada pengajaran biasa dalam kelas bahkan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam komputer.Bill Gates (1999) juga mempunyai pendapat yang sama bahawa komputr dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberikan arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri kanak-kanak.Sebagai contoh,kanak-kanak boleh belajar menyanyi dan menari berpandukan video yang dimainkan.

5.  Melalui penggunaan komputer ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran ia mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Komputer menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif kanak-kanak mencari  bukan menerima secara satu hala sehaja.Sebaik-baiknya bahan yang digunakan bercorak interaktif di mana ada maklum balas kepada kanak-kanak.Contohnya perkataan 'salah' dan 'betul' ia memudahkan kanak-kanak mengetahui jawapan mereka betul atau sebaliknya.Sekiranya 'salah'mereka mungkin mencuba lagi.

PENUTUP


    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dinafikan bahawa teknologi komputer boleh menjadi wadah utama perkembangan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak kerana ia mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak yang lebih menarik,meluas dan mengkagumkan.Walau bagaimanapun,teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tidak boleh terlalu susah dan ia haruslah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut.Oleh yang demikian,harapan dan cadangan saya dalam penggunaan komputer pada masa akan datang dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak agar diperluaskan dan dimantapkan lagi.Selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM2003) bahawa salah satu daripada pendekatan yang harus digunakan di setiap Prasekolah atau Taska  dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan komputer serta mengintegrasikan komputer dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.


Sekian, terima kasih.

SUMBER RUJUKAN



Zarina Abd Malek,(2004).Kemampuan Mengajar Guru:Teori,Strategi dan Perkaedahan
DalamPendidikanKomputer.Teknologi&Pendidikan (http://pendidikan.tv/guruinternet.html


Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad,(2002).Pembudayaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Di kalangan Pelajar:Ke Arah Mengurangkan Jurang Pendidikan.
(http://sts.um.edu.my/seminar/persidanganS&T_KertasKerja/Robiah%20Sidin.pdf)







No comments:

Post a Comment